Thefacebook.
Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimsonmengenai peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya."On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com. "Semua orang hangat memperkatakan face book kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam seminggu."
Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra, menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.
Mereka bertiga mengadu kepada Harvard Crimson agar melakukan siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh dua daripada mereka. Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara damai.
Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini. Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti Stanford, Columbia, dan Yale. Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat.Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya. Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke Palo Alto, California.Perkataan The digugurkan dari namanya setelah nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.
Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005, sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik seterusnya. Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya. Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk Apple Inc. dan Microsoft. Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan alamat e-mel yang sah.



